[Mini Novel] Maharku Untukmu

Maharku Untukmu  [Mini Novel]

     
    Kelopak bunga ros ditarik satu persatu. Keluhan nipis terlepas dari bibir merah delima itu . Dia mengetap bibir menahan air mata yang bila-bila masa sahaja akan menitis dengan sendiri. Itu takdir dia. Surat daripada seorang perempuan yang melahirkan dia. Dia membaca sekali lagi...


     ''Assalamualaikum Kysha ,
     maafkan saya kerana tak dapat menerima kehadiran kamu sebagai 
    seorang anak  .. Saya pinta tolong jangan pernah muncul dalam 
    hidup saya lagi. Kita ada haluan masing-masing kan ? Saya harap
    kamu faham. Terima kasih.



    Sekian ,terima kasih.
   Tengku Fazleenaa.


Mutiara yang ditahan kini gugur satu persatu . Mama yang mengandung dan melahirkannya telah membuangnya.  Nur Kysha mengesat air mata perlahan-lahan . Merah wajahnya akibat terlampau banyak menangis.Akibat daripada kemalangan itu dia dibuang keluarga kerana dirinya yang sudah tidak sempurna fizikal. Dia harus tabah!



Bergema ruang tamu banglo itu dengan suara Alif Akmal. Alif menarik nafas perlahan-lahan.Tidak mahu dikuasai amarah yang semakin membahang.Dia mengucap di dalam hati.Wajah mamanya dipandang dengan perasaan yang kecewa.


   '' Ma.. kenapa ma buat Kysha macam tu ? Kenapa ma tinggalkan dia dekat stesyen bas ?! Ma.. dia anak mama .. walaupun kaki dia dah tak boleh berjalan tapi dia keluarga kita ma ...''ujar Alif sayu menahan sebak di dalam hati. Terbayang wajah ayu milik Kysha yang selalu menggangu mimpinya meresahkan lagi hatinya.